Notis Privasi

Tarikh kemas kini: 30 Oktober 2026

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Penyanyipedia PLT (No. LLP: LLP0026230-LGN), pengendali penyanyi.my, mengumpul, menggunakan, memaparkan dan melindungi data peribadi anda. Notis ini disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sebagaimana dipinda oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 ("Akta").

Dalam notis ini, "kami" merujuk kepada Penyanyipedia PLT, "Laman Web" merujuk kepada penyanyi.my (termasuk penyanyimy.blogspot.com dan penyanyimy.blogspot.my), dan "Data Peribadi" merujuk kepada sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda.

1. Siapa yang dilindungi oleh notis ini

  • Penyanyi dan pemuzik yang mendaftar untuk disenaraikan dalam direktori penyanyi.my.
  • Pelawat yang menggunakan Laman Web untuk mencari penyanyi.
  • Sesiapa sahaja yang menghubungi kami melalui borang, emel, WhatsApp atau media sosial.

2. Data Peribadi yang kami kumpul

2.1 Daripada penyanyi yang mendaftar

Melalui borang pendaftaran, kami mengumpul:

  • Nama pentas, nama penuh dan alamat emel;
  • Nombor WhatsApp;
  • Negeri, bandar atau kawasan, dan kawasan liputan persembahan;
  • Kategori persembahan, jenis majlis yang diterima, bahasa lagu, saiz kumpulan dan maklumat sistem PA;
  • Penerangan tentang diri anda, serta nama, kandungan dan harga pakej persembahan;
  • Pautan video persembahan, pautan gambar profil dan akaun media sosial (Instagram, TikTok, Facebook);
  • Rekod persetujuan anda terhadap notis ini.

Bagi penyanyi yang mendaftar pada tahun 2021, kami juga menyimpan maklumat yang diberikan ketika itu, termasuk tarikh lahir, poskod, genre muzik dan julat suara.

2.2 Daripada pelawat Laman Web

Anda tidak perlu mendaftar untuk mencari penyanyi. Apabila anda melayari Laman Web, data teknikal seperti alamat IP, jenis peranti dan pelayar, halaman yang dilawati, pautan yang diklik dan kuki boleh dikumpul secara automatik oleh kami dan pemberi perkhidmatan kami, seperti yang diterangkan dalam Bahagian 2.4.

2.4 Kuki, analitik dan pengiklanan

Kuki ialah fail kecil yang disimpan dalam pelayar anda. Laman Web ini menggunakan kuki dan teknologi serupa melalui perkhidmatan berikut:

  • Google Analytics dan Google Tag Manager. Kami menggunakan Google Analytics untuk memahami cara Laman Web digunakan, contohnya bilangan pelawat, halaman yang dilawati, sumber trafik dan butang yang diklik, seperti butang WhatsApp atau pendaftaran. Google Tag Manager digunakan untuk mengurus kod pengukuran ini. Maklumat ini dikumpul dalam bentuk statistik dan tidak digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi. Anda boleh menghalang Google Analytics dengan memasang Google Analytics Opt-out Browser Add-on.
  • Google AdSense. Laman Web ini mungkin memaparkan iklan melalui Google AdSense. Pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan anda sebelum ini ke Laman Web ini atau laman web lain. Penggunaan kuki pengiklanan membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan kepada anda berdasarkan lawatan tersebut. Anda boleh menolak pengiklanan diperibadikan melalui Pusat Iklan Saya Google, atau menolak kuki pembekal pihak ketiga melalui aboutads.info.
  • Blogger dan kandungan terbenam. Laman Web ini dihoskan oleh Blogger (Google). Video dan kandungan dari YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook yang dibenamkan dalam profil penyanyi boleh mengumpul data dan menetapkan kuki mengikut dasar privasi platform masing-masing, sama seperti anda melawat platform tersebut secara terus.

Anda boleh menyekat atau memadam kuki melalui tetapan pelayar anda. Sesetengah bahagian Laman Web mungkin tidak berfungsi dengan sempurna jika kuki disekat. Maklumat lanjut tentang cara Google menggunakan data boleh dibaca di Cara Google menggunakan maklumat daripada laman yang menggunakan perkhidmatannya.

2.3 Apabila anda menghubungi kami

Kami menyimpan maklumat yang anda berikan, seperti nama, nombor telefon, emel dan kandungan pertanyaan anda, untuk menjawab dan mengurus pertanyaan tersebut.

3. Tujuan kami memproses Data Peribadi anda

Data Peribadi anda boleh digunakan untuk tujuan berikut ("Tujuan"):

  • Menyemak dan meluluskan pendaftaran anda dalam direktori penyanyi.my;
  • Memaparkan profil anda secara awam dalam direktori supaya orang ramai boleh mencari dan menghubungi anda (lihat Bahagian 4);
  • Menghubungi anda tentang pendaftaran, profil dan perkhidmatan kami;
  • Menjawab pertanyaan dan aduan;
  • Memproses transaksi pembayaran, jika anda melanggan perkhidmatan berbayar kami;
  • Mentadbir penyertaan anda dalam peraduan atau program yang kami anjurkan;
  • Menjalankan aktiviti dalaman, termasuk penyelenggaraan rekod, kawalan kualiti dan penambahbaikan Laman Web;
  • Tinjauan pasaran dan analisis trend bagi memberi anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami serta perbadanan berkaitan;
  • Memberi anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan rakan perniagaan Penyanyipedia PLT, tertakluk kepada hak anda untuk menolak pemasaran langsung (lihat Bahagian 10);
  • Aktiviti perniagaan lain yang sah, serta mematuhi keperluan undang-undang.

4. Maklumat yang dipaparkan secara awam

penyanyi.my ialah direktori awam. Jika pendaftaran anda diluluskan, maklumat berikut boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang melayari Laman Web:

  • Nama pentas, negeri dan bandar atau kawasan;
  • Kategori persembahan, genre muzik, julat suara, jenis majlis, bahasa lagu, saiz kumpulan dan maklumat sistem PA;
  • Penerangan diri, kawasan liputan, pakej dan harga;
  • Video persembahan, gambar profil dan pautan media sosial;
  • Nombor WhatsApp, hanya jika anda bersetuju melalui borang pendaftaran yang menyatakan nombor tersebut akan dipaparkan.

Kami tidak memaparkan nama penuh, alamat emel, tarikh lahir atau poskod anda.

Sila ambil maklum bahawa maklumat yang dipaparkan secara awam boleh dilihat, disalin atau dikongsi oleh pihak lain, dan kami tidak dapat mengawal penggunaan maklumat tersebut oleh pihak ketiga. Anda boleh meminta profil anda dipinda atau dikeluarkan pada bila-bila masa (lihat Bahagian 11).

5. Penyanyi yang mendaftar pada tahun 2021

Jika anda mendaftar dengan penyanyi.my pada tahun 2021, profil anda mungkin dipaparkan dalam direktori dengan maklumat terhad sahaja: nama pentas, negeri, genre muzik, julat suara, pautan video persembahan dan pautan media sosial. Pelawat akan menghubungi anda melalui media sosial yang anda berikan.

Nombor WhatsApp, nama penuh, tarikh lahir dan poskod anda tidak dipaparkan. Jika anda mahu nombor WhatsApp, pakej dan harga dipaparkan, sila daftar semula melalui borang pendaftaran terkini. Jika anda tidak mahu profil anda dipaparkan, hubungi kami dan kami akan mengeluarkannya.

6. Hubungan antara pelawat dan penyanyi

penyanyi.my ialah platform direktori. Pertanyaan, rundingan harga dan persetujuan tempahan dibuat terus antara pelawat dan penyanyi melalui saluran yang dipaparkan dalam profil. Data Peribadi yang anda kongsi secara terus dengan pihak lain melalui WhatsApp, media sosial atau saluran lain tertakluk kepada amalan pihak tersebut dan dasar privasi platform berkenaan, bukan notis ini.

7. Pendedahan kepada pihak ketiga

Kami tidak menjual Data Peribadi anda. Data Peribadi anda hanya boleh didedahkan kepada:

  • Pemberi perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan Laman Web, termasuk Google (Google Forms, Google Sheets, Blogger, Google Analytics, Google Tag Manager dan Google AdSense) dan YouTube;
  • Perbadanan berkaitan, pemegang lesen dan rakan perniagaan Penyanyipedia PLT, jika perlu bagi Tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian 3;
  • Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah.

8. Pemindahan data ke luar Malaysia

Sebahagian pemberi perkhidmatan kami, seperti Google, menyimpan data dalam pelayan di luar Malaysia. Apabila Data Peribadi anda dipindahkan ke luar Malaysia, kami akan memastikan pemindahan tersebut mematuhi keperluan Akta. Selain yang dinyatakan dalam notis ini, Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan ke luar Malaysia.

9. Tempoh simpanan

Kami menyimpan Data Peribadi anda selama anda disenaraikan dalam direktori atau menggunakan perkhidmatan kami. Selepas itu, kami hanya menyimpannya selama yang diperlukan bagi Tujuan ia dikumpul atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, dan kemudian memadam atau menjadikannya tanpa nama.

10. Pemasaran langsung

Anda boleh meminta kami secara bertulis (lihat Bahagian 13) supaya tidak memproses Data Peribadi anda bagi tujuan berikut:

  • Pengiklanan atau pemasaran produk dan perkhidmatan kami atau rakan perniagaan Penyanyipedia PLT melalui telefon;
  • Penghantaran bahan pengiklanan atau pemasaran melalui telefon, emel, SMS atau aplikasi pesanan seperti WhatsApp;
  • Sebarang komunikasi pengiklanan atau pemasaran melalui apa-apa cara sekalipun.

11. Hak anda

Tertakluk kepada Akta, anda berhak untuk:

  • Mendapatkan akses kepada Data Peribadi anda yang kami simpan;
  • Membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau sudah lapuk;
  • Mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda;
  • Menarik balik persetujuan anda, termasuk meminta profil anda dikeluarkan daripada direktori;
  • Memohon pemindahan data (kemudahalihan data), iaitu meminta Data Peribadi anda dihantar kepada anda atau pihak lain dalam format yang biasa digunakan, sebagaimana dibenarkan oleh Akta;
  • Mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada kami, dan jika tidak berpuas hati, kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Sila hantar permintaan anda kepada Pegawai Perlindungan Data kami (Bahagian 13). Kami akan menjawab dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta. Jika anda menarik balik persetujuan atau meminta profil dikeluarkan, kami akan mengeluarkan profil anda daripada direktori awam secepat mungkin. Sila ambil maklum bahawa salinan yang telah disimpan oleh pihak ketiga atau enjin carian mungkin mengambil masa untuk dikemas kini.

12. Keselamatan data

Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran. Antaranya, hanya maklumat yang dinyatakan dalam Bahagian 4 dipaparkan di Laman Web, dan rekod pendaftaran penuh disimpan secara peribadi dengan akses terhad. Jika berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, dan juga anda jika pelanggaran tersebut berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara, sebagaimana dikehendaki oleh Akta.

13. Hubungi Pegawai Perlindungan Data

Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan berkaitan Data Peribadi anda, sila hubungi:

Pegawai Perlindungan Data, Penyanyipedia PLT
ADMIN PENYANYI.MY
Emel: penyanyi.my@gmail.com

14. Persetujuan dan pengguna bawah umur

Kami memerlukan persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan dalam Bahagian 3. Jika anda tidak memberikan persetujuan, kami tidak dapat memproses atau meluluskan pendaftaran anda. Penolakan anda terhadap pemasaran langsung tidak menjejaskan pendaftaran anda.

Jika anda berumur bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga sah anda perlu memberikan persetujuan bagi pihak anda sebelum anda mendaftar.

Jika anda pernah mendaftar atau menggunakan perkhidmatan kami sebelum ini, kami akan terus memproses Data Peribadi anda di bawah Notis Privasi ini melainkan anda memaklumkan sebaliknya kepada kami.

15. Perubahan kepada notis ini

Kami boleh mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kemas kini. Jika terdapat perubahan besar terhadap cara kami menggunakan Data Peribadi anda, kami akan memaklumkan penyanyi yang berdaftar melalui saluran hubungan yang mereka berikan.

Comments

Popular posts from this blog

Nak Jemput Penyanyi untuk Kahwin? Ini Anggaran Harga pada 2026

Cara Daftar Sebagai Penyanyi di penyanyi.my (Percuma) dan Sediakan Video Kompilasi Bawah 1 Minit

Beza nasyid, marhaban dan berzanji